Domo-kun Cute

Saturday, 24 November 2012

Aku yang Mencari RedhaMu




Berhempas pulas melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup hampir 1 tahun setengah bukan perkara mudah.Allah temukan aku dengan satu ujian yg sangat menguji keimananku kekuatan hati & ketabahan jiwa.Allah.Aku inginkan keredhaan-Mu.Ku terus berdoa,bertemu & mencariMu.Di saat aku mula mendapat keredhaanMu dan kebahagiaan,aku diuji sekali lagi.Di datangkan kepadaku seorang lelaki dariMu yang mampu membuatkan hati ini lupa akan dia yg lama.Kau berjaya menarik segala rasa cintaku pada yang dahulu.Sungguh besar rasa itu ya Allah.Ku yakin hati ku ini milikMu.Membuatkan aku mula merasa bangkit kembali & aku merasa inilah anugerah dariMu.Dia didatangkan untukku & dia dariMu.Namun,semakin hari semakin aku takut.Aku tidak mahu lagi pada cinta yang sia-sia.Aku tersilap langkah.Aku meluahkan rasa cinta dalam hati ini pada bukan yang seharusnya.Rasa cinta ini milikMu ya Allah.Andai dia memang tercatat untukku,maka kau tetapkan hati ini & hatinya agar sama-sama mencari keredhaanMu.Andai dia bukan untukKu,maka Kau redhakan hati ini,bawalah hati ini jauh dari kesedihan,kekecewaan.Jauhkan lah kami daripada cinta yang melebihi dari cinta kami kepadaMu.Sungguh,mencari redhaMu & mencintaiMu lebih indah.Jadikan hati ini terus tabah,sabar & redha dengan segala ujian Kau berikan.

Buat kekasih hati yang lama,sungguh melenyapkan perasaan sayang terhadapmu itu bukan mudah.Bukan aku tidak mahu berusaha.Aku cuba.Malah aku sentiasa berharap agar Dia menarik perasaan sayang ku ini terhadapmu.Aku cuba sedayaku.Tapi siapalah aku.Aku hanya pemilik hati.Hati yang ku miliki ini milik Allah.Rasa kasih itu masih ada.Siapalah aku.Maka aku sentiasa cuba mencari ilmu yang mampu mengubat hatiku,aku cuba untuk berfikir baik diatas segala perkara yang berlaku antara kita ada hikmahnya.
Andai perempuan sesolehah dia yang kau kejarkan,aku merelakan.Sungguh aku ini masih belum cukup solehah
untuk lelaki sepertimu.Kan ku tabahkan hati ini terima segala apa yang terjadi meskipun sukar.Aku cuba untuk menyakinkan diriku bahawa kau bukan ditakdirkan untukku.Terima Kasih Allah diatas rasa kasih yang pernah kau
berikan pada aku sebelum ini.                          

Ya Allah..
Wahai sebenar- benar pemilik hati ini..
Andai bahagia ini untukku..tetapkanlah ia untukku..
Namun,andai bahagia ini bukan milikku..
serahkannya kepada pemilik sebenar..
Ameen..

Sungguh..

Aku rela melepaskan bahagia itu..
kerana..
walau apepun yang terjadi..
Aku benar2 redha.. :')

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah mak
hluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai hati  yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA. PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..~ALLAH knows BESt!~♥..

Sunday, 21 October 2012

Saat Cinta Kita Dikhianati


Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan…
Saat aku sangat mengharapkannya, dia menghilang…
Ketika aku mulai merasakan bahagia, aku dicampakkan…
Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang la
in…

Aku bertanya pada Tuhan:
“Ya Tuhan.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??”

Tuhan Menjawab:
“… kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.”

Aku Kembali Bertanya:
“.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”

Jawab Tuhan:
“.. kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.”
“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.”
“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”

“Sesungguhnya wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga).”
- (QS. An-Nur [24]:26)

Wallahu’alam.





Let's change for Islam. Islam is beautiful. InsyaALLAH Allah adalah sebaik-baik perancang.Dia tahu apa yang terbaik buat kita.Amin.

Saturday, 20 October 2012

GUGURNYA DOSA ISTERI


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram 
di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat 
suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya." 
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana
senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki
suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan
menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga
isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan
daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila
suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat
dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun
isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan
isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman
dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat
anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri.
Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya
terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam
rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang
isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun
untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di
udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam
kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari
keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Aku Yang terlupa akan-Mu



Bismillah,



KISAH QISTINA

Sungguh. Dia terpempan! Hatinya bagai disiat-siat. Dunianya dirasakan kelam. Inilah rasa sakitnya putus cinta. Tidak pernah dalam kamus hidup Qistina dirinya dikecewakan, bahkan itulah cinta pertamanya. Cukup segalanya diberikan kepada insan bergelar sang arjuna. Disangka panas hingga ke petang, kiranya hujan di tengah hari. Fikirnya itulah insan yang bakal menjadi kunci pendua hatinya. Musnah impiannya untuk membina mahligai bahagia bersama si dia.

Turutkan hati sudah lama dia membunuh diri. Daripada menelan pil lebih dos, kelar tangan sehingga cubaan terjun bangunan, segala usaha sudah puas cuba dilakukan. Tapi, semuanya gagal.

"Qis, cukuplah Qis! Mak dah tak sanggup nak tengok Qis menderita lagi. Tak ada untungnya pun, mudaratkan diri adalah! Si Fuad tu bukannya kisah tengok keadaan Qis macam ni. Dia senang hati ...Qis yang tak tentu hala," sedih Puan Rahmah mengenangkan nasib puteri tunggalnya. Buntu melihat keadaan Qistina. Makan tak lalu, asyik terperap dalam rumah. Kerja entah ke mana, solat entah ke mana.

"Mak, Qis sayang sangat dia. Qis dah bagi segala-galanya. Qis tak boleh hidup kalau dia tak ada, lebih baik Qis mati je mak."

"Astaghfirullah! Mengucap, Qis. Ingat Allah. Bukan cinta manusia yang kita nak kejarkan, tapi cinta Allah." Puas dipujuk, hanya mati jua yang diluahkan oleh Qistina. Kalaulah dia sedar nikmatnya hidup Allah, pasti bukan ini yang dipinta.

Berbulan telah berlalu, namun masa masih belum mampu mengubat perih hati Qistina. Jiwanya masih belum benar-benar tenang. Terasa masih ada ruang yang kosong di hatinya. Tapi, apa? Kenapa tiada klu untuk soalan ini? Kenapa susah benar mahu lupakan kesedihan ni? Malam itu Qistina terasa resah yang amat. Hatinya terasa pedih sangat. Bagai meronta-ronta meminta sesuatu yang tidak pasti. Kepalanya berat sekali. Tapi entah kenapa tangannya terasa ringan mahu mencapai bungkusan coklat di penjuru meja studinya. Itu pemberian terakhir Fuad sebelum mereka berpisah. Segala kenangannya sebelum itu telah dibakar, hanya tinggal bungkusan itu sahaja. Pelik, terasa sayang untuk membuangnya tapi dia belum ada kekuatan untuk membukanya. Baru malam itu dia seolah-olah diberi kudrat menyentuhnya.

"Qis, Fuad minta maaf. Mungkin ni kali terakhir kita berjumpa. Fuad rasa kita patut putus je. Fuad tak mampu nak bagi apa-apa pada Qis, cuma ni aja yang boleh Fuad bagi." Itulah kata-kata terakhir Fuad sebelum menyerahkan bungkusan coklat itu kepadanya. Tiada khabar lain selepas itu.
Hati Qistina meruntun kembali. Tapi digagahkan juga membuka bungkusan itu. Subhanallah! Terpacul kalimah itu daripada bibir Qistina. Sebuah mushaf berwarna hijau pucuk pisang dikeluarkan perlahan-lahan. Tafsir al-quran! Entah bila kali terakhir dia menyentuh kitab seperti itu. Air matanya berderai. Tidak mampu ditahan. Dibuka helaian pertama ...ada nota kecil didalamnya.

Buat Qistina, Fuad minta maaf seandainya tindakan Fuad betul-betul menghancurkan hati Qis. Jujur bukan itu niat Fuad sebenarnya. Pedih rasanya hati ni untuk mengambil keputusan seperti itu. Tapi, Fuad tak mampu. Tak mampu untuk berhadapan dengan Allah nanti. Cukup banyak rasanya dosa yang kita dah buat selama ni. Memang Fuad sayangkan Qis, tapi Fuad tak mampu nak letakkan cinta kepada Qis melebihi cinta Allah. Sebab tu Fuad tak nak jadi insan yang mengheret Qis ke neraka. Fuad bukanlah orang yang layak untuk menerima cinta sejati daripada Qis. Harga sebuah mahar cinta sejati itu terlalu mahal. Hanya mampu dimiliki oleh sang Pencipta sahaja. Sepertimana nama Nur Qistina Wafa' ...cahaya keadilan dan kesetiaan, begitu juga harapan Fuad. Berlaku adil dan setialah kepada Yang Esa. Hanya ini yang mampu Fuad berikan ....ayat-ayat cinta daripada Kekasih yang paling agung.

Lencun sudah baju Qistina. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Diselak-selak lagi helaian berikutnya. Terdapat pula nota tulisan nama surah dan ayatnya. Dicari dan dibacanya satu persatu.

"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka sentiasa dalam kebenaran."
(Surah al-Baqarah, ayat 186)
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Matanya tertancap pada ayat yang benar-benar menusuk jiwanya.
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."
(Surah ar-R'ad, ayat 28)

Ya. Inilah jawapan kepada seribu satu persoalan Qistina. Itulah pertama kali sejak kali terakhir dia bersujud di tikar sejadah. Malam itu menjadi saksi kehambaannya kepada Yang Esa. Entah berapa banyak air mata yang melimpah. Membawa diri untuk kembali kepada yang hakiki. Jauh di sudut hatinya, tiada apa yang mampu diluahkan '...Terima Kasih Kekasihku, bukan Engkau yang melupakanku, tapi aku yang terlupa akanMu.'
Sungguh. Benar. Memang dunia tidak cukup adil kepada kita. Tetapi Allah itu Maha Adil. Perancangannya cukup rapi untuk setiap makhluknya. Dia sentiasa menyimpan pelangi untuk setiap hujan panas yang dialami hambanya.