Apa apa yang membawa ke syurga,
Itu cinta.
Apa apa yang membawa ke neraka,
Itu nafsu.
Bila hati mula suka,
Tanya pada diri.
Suka kerana ingin ke syurga,
Atau suka cuma nafsu semata.
Menemukan teman hidup tidaklah mudah,
Namun ia jadi mudah andai meletakan Tuhan sebagai rujuk yang pertama.
Menemukan teman hidup tidaklah mudah,
Kerana hati kerap berbolak balik bertanya,
"Adakah dia orang nya?"
Menemukan teman hidup tidaklah mudah,
Andai hanya materialistik dan rupa menjadi utama.
Pernah suatu ketika,
Aku bertanya,
Kepada sahabat yang aku percaya.
Soal hati dan perasaan.
"Bagaimana kita ingin tahu,
Orang yang kita temukan,
Orang yang inginkan kita,
Orang yang melamar kita,
Adalah orang yang tepat untuk kita."
Jawapan nya mudah.
Ada dua.
Pertama,
Kamu minum air masak, adakah kamu ragu-ragu?
"Tidak"
Kedua,
Kamu pernah ragu ragu dengan ibu bapa sendiri?
"Tidak"
Dari mana datangnya rasa itu?
Keyakinan.
Yakin bahawa setiap insan di dunia ini telah Allah cipta pasang-berpasangan.
Yakin bahawa sesungguhnya Allah telah ciptakan pasangan dari jenis kamu sendiri, agar kamu senang hati dan rasa kasih sayang serta belas kasihan. (Ar-Rum:21).
Yakin bahawa dalam dunia ini tiada yang sempurna.
Sifat ragu ragu hanya mainan syaitan bagi mereka yang berniat untuk mencari redhaNya.
Lalu,
Bagaimana keyakinan itu datang?
Ia datang pada masa yang tepat, dengan orang yang tepat.
Allah gerakkan dua hati tidak hanya salah satu.
Jalan selamat,
Suka,
Ceritalah pada Dia.
Mohonlah petunjuk dan tawakal padaNya.
Ditolak?
Bukan masalah.
Diterima?
Alhamdulilah.
Pasangan adalah cerminan.
Allah tidak beri apa yang kita mahu,
Tetapi diberi apa yang lebih kita perlukan.
Dan sesungguhnya,
Pasangan yang ideal
Adalah pasangan yang sama-sama ingin menjadi teman di syurga kelak.
Berjuta-juta bidadari syurga,
Namun isteri anda yang terpilih.
Berjuta-juta bidadara syurga,
Namun suami anda yang terpilih.
Tidakkah itu hebat lagi indah?
Bagaimana mahu menemukan bidadari/bidadara syurga ketika di dunia?
Carilah yang beragama.
Carilah seperti ayah atau ibumu.
Agar kamu melihat dia dengan penuh kasih sayang.
Sudah temukan?
Yakin atau ragu?
Berdoalah agar keyakinan itu tidak dapat dibengkokkan.
:)
No comments:
Post a Comment