Terasa sekali ingin menulis
Coretan yang telah lama tersimpan mati
Disegenap hati
Terasa sekali ingin menulis
Tentang besarnya anganan dan impian anak muda
Mencipta karya sebuah kejayaan
Atas bakatnya sendiri
Berdirinya teguh kerana kretivitasnya
Suksesnya kerjaya kerana usaha kerasnya
Tiada ampu
Tiada bermuka-mukaan
Terasa sekali ingin menulis
Sebuah impian dan rancana masa hadapan anak muda
Membentuk komuniti yang berbudi pekerti
Ada santun dalam tutur katanya
Ada lembut dalam kasarnya
Terasa sekali ingin menulis
Sesungguhnya kedamaian itu sangat mudah dikecapi
Saat hati dan minda itu sering seiring
Menikmati aja hidup hidupnya yang ampuh lagi rapuh
Kerana hidup untuk berbakti
Bukan untuk memaki mengkeji sesama sendiri
Terasa sekali ingin menulis
Angan-angan anak kecil yang begitu besarnya
Apa agaknya bukit-bukti yang harus diharungi
Harus ditempuh biar runtuh
Agar impian besarnya tercapai
Tanpa bisa diabaikan nikmatnya perjalanan mengejar itu.
No comments:
Post a Comment